Wednesday, November 9, 2011

SETIAP DETIK MENGINGATI ALLAH

Bagi setiap Mukmin hendaklah menjadi kewajiban bagi dirinya supaya sentiasa melaksanakan solat sunat ketika di malam hari kerana amalan tersebut yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu sehingga mencapai darjat yang tinggi dan luhur di hadapan Allah swt. Membiasakan diri mengosongkan perut, berdiam diri menjaga lisan dan hati serta menjauhi daripada bergaul dengan orang-orang yang hatinya lupa mengingati Allah.


Hendaklah selalu menjaga keluar masuk nafas kita dengan selalu berzikir kepada Allah swt. Dalam setiap saat mendawamkan lafal "Allah... Allah.... Allah..." dalam hati seiring dengan degupan jantung kita. Namun sebaik-baiknya bagi pemulaan kita atau orang yang baru hatinya masih begitu kuat berasa was-wasnya seelok-eloknya membaca istighfar (Astaghfirullah al-azhiim) sebanyak-banyaknya. Disertai dengan penuh rasa takut dan berharap akan keagungan dan kebesaran Allah. Sehingga hati kita mendapatkan pancaran cahaya "Nur illahi"Insya Allah akan membawa kita kepada keselamatan Dunia dan Akhirat.


Apabila kita melaksanakan perintah Allah maka hendaklah dibuangkan segala pandangan terhadap manusia yang ditujukan kepada kita dan buangkan kepentingan peribadi kita. Semuanya hendaklah kita tujukan semata-mata kepada Allah swt. Untuk menghindarinya dari pandangan manusia yang memuji keatas amalan kita semasa melaksanakan perintah Allah. Tidak lain tidak bukan hanyalah kita perlu menghindarkan diri kita dari mereka, supaya kita dapat mengasingkan diri sepenuhnya dan membebaskan jiwa kita dari segala harapan mereka dan melenyapkanlah segala nafsu kita.

"Hai Daud, seseunggunya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu nanti ia (hawa nafsu) kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Seseungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang pedih, kerana mereka melupakan hari perhitungan" { QS. Shod: 26}.


Berzikir sehingga ke satu tahap akan merasai seluruh anggota turut berzikir, dibahagian dada terasa sejuk dan hati serta jantung akan terasa sejuk dan nyaman. Dicelah-celah jari dipelipat dan juga tempat-tempat yang berllipat akan terasa angin yang dingin seolah-olah meniup dingin dan amat nyaman serta hati sentiasa tenang.

No comments: