Tuesday, August 30, 2011

Sunday, August 28, 2011

Thursday, August 25, 2011

Bila perempuan… Lelaki kata :
Bila perempuan bawak kereta slow Lelaki: ini lah perempuan. Bawak kereta Lembab macam siput.. . Bila Perempuan bawak kereta laju Lelaki : Ini lah perempuan.. bawak kereta macam tak tahu undang-undang .
Bila perempuan bawak kereta macam pelesit Lelaki : ini lah perempuan. Bawak kereta macam tak reti bawak kereta.. ingat jalan ni mak bapak diorang yang punya. .
Bila lelaki bagi salam kat perempuan dan perempuan menjawab salam Lelaki : wah.. Ade chance ni. Gatal gak pompuan ni .
Bila lelaki bagi salam dan perempuan tidak menjawab Lelaki : Sombong btol la pompuan ni.. Die ingat die cantik sangat kot . Hishh.. semua salah perempuan ke? So lelaki tu tak ada kesalahan la eh? Nantikan post seterusnya..

Monday, August 22, 2011

HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah..

.3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?.

.4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu..

.6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal..

.7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa..

.9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

.10) Bulan sabit kelihatan besar
."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok.

.11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie..

.12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai¿ - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN?LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Sunday, August 21, 2011

Mana milik kita ?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa sahaja
Tidak terlepas dari ciptaaNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana Milik Dia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisanya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat padaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.........

Monday, August 15, 2011

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

 “Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula

Sunday, August 14, 2011

Surah Al-Kausar
 Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.
<><>
30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lelaki



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima ujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan be! rkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekunt! um senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki aka! n sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya! . So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
.

Friday, August 12, 2011

Zawawi A Sabda Nabi kesayangan kita saw, " Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita dan sifat hazan bererti berdukacita" ! Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda semata2. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak dll .
mAwaR meRaH Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu... Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... "Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?" Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu... Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi. Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang... Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?" "Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani... "Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu... "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"
Pernah suatu ketika dikala Imam Al-Ghazali sedang bermusafir, sedang dalam perjalanan, beliau telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Imam Al-Ghazali berkata kpd ketua perompak itu, ''Tolong jgn diambil barangku, tiadalah apa2 yg berharga melainkan buku2 yg mengandungi Ilmu2 yg telah ku tulis selama apa yg ku pelajari.'' maka berkata perompak itu, ''Akan ku tetap merampas buku2 ini kerana ia amat berharga buat mu, sudah tentu ia juga berharga buatku.'' rupanya Imam Al-Ghazali hanyalah digertak oleh perompak itu. Sekembalinya buku2 itu ke tangannya, beliau amat tersentak dgn kata2 perompak itu. Lantas ia bertekad untuk menghafal semua Ilmu yg ada agar di suatu masa Ilmu yg berharga itu tidak dirompak lagi. Imam Al-Ghazali menganggap perompak itu adalah ujian dari Allah SWT agar beliau lebih berhati2 menghargai dan memelihara Ilmu yg ada. Hasil tekadnya, Imam Al-Ghazali berjaya menjadi salah seorang Imam dan tokoh yg masyur dalam dunia keilmuan Islam. Subhanallah. Beliau telah menjadikan setiap dugaan sbg batu loncatan utk ia mencapai kejayaan. Salam Muhasabah.

Wednesday, August 10, 2011

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA Yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH dan yang indah itu SOLAT

Tuesday, August 9, 2011

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...
 
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi air mata
Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Monday, August 8, 2011

Beza cinta, sayang, suka dan minat :
CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je) Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya) Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…) Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… ) Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu