10 Surah Yang
Amat Mujarab Diamalkan
1. SURAH
AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah
Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh
daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali
untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah
s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari
iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi
setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung
Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah
pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda
:
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
"At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan
akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala
hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis
riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika
diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari
KIAMAT.
3. SURAH
AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat
dari huru hara di Padang Mahsyar.
4.
SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa
hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada
setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya
sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang
membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan
dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna
Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa
dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang
sebaya dengan umurnya."
5.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang
mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca
1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat
melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka
bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari
syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati
dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk
mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka
yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab
kubur..
8. SURAH
AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya
:
"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur'an."
Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu
khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."
Apabila mendengar kata-kata Siti
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa
yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an
keseluruhannya."
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina
Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak
meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara
rumahnya sampai ia kembali."
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang
membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari
kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w.
pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang
siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam
atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 100 kali."
10. SURAH
AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang
terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang
berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk
dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia
memohon perlindjuga adalah penerang hati.ungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari
golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini
No comments:
Post a Comment