Friday, August 12, 2011

Pernah suatu ketika dikala Imam Al-Ghazali sedang bermusafir, sedang dalam perjalanan, beliau telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Imam Al-Ghazali berkata kpd ketua perompak itu, ''Tolong jgn diambil barangku, tiadalah apa2 yg berharga melainkan buku2 yg mengandungi Ilmu2 yg telah ku tulis selama apa yg ku pelajari.'' maka berkata perompak itu, ''Akan ku tetap merampas buku2 ini kerana ia amat berharga buat mu, sudah tentu ia juga berharga buatku.'' rupanya Imam Al-Ghazali hanyalah digertak oleh perompak itu. Sekembalinya buku2 itu ke tangannya, beliau amat tersentak dgn kata2 perompak itu. Lantas ia bertekad untuk menghafal semua Ilmu yg ada agar di suatu masa Ilmu yg berharga itu tidak dirompak lagi. Imam Al-Ghazali menganggap perompak itu adalah ujian dari Allah SWT agar beliau lebih berhati2 menghargai dan memelihara Ilmu yg ada. Hasil tekadnya, Imam Al-Ghazali berjaya menjadi salah seorang Imam dan tokoh yg masyur dalam dunia keilmuan Islam. Subhanallah. Beliau telah menjadikan setiap dugaan sbg batu loncatan utk ia mencapai kejayaan. Salam Muhasabah.

No comments: